Babel berhadapan tindakan FA kerana gambar Webb

Gambar itu muncul dalam laman rasmi Twitter pemain Belanda itu beberapa jam selepas Manchester United mengatasi Liverpool 1-0 dalam pusingan ketiga Piala FA - perlawanan yang diadili Webb yang juga pengadil final Piala Dunia 2010.




Penyerang Liverpool, Ryan Babel, berhadapan tindakan Persatuan Bola Sepak (FA) selepas meletakkan gambar gubahan pengadil Howard Webb memakai baju Manchester United.

Webb mencetuskan kemarahan Liverpool dengan memberikan pasukan tuan rumah sepakan penalti pada minit pertama yang disempurnakan Ryan Giggs untuk gol tunggal perlawanann di Old Trafford itu sebelum melayangkan kad merah kepada Steven Gerrard, kapten pasukan Merseyside itu.
Seorang jurucakap FA berkata, “Kami akan pasti meneliti perkara itu."

Selain gambar berkenaan, Babel turut menulis: “Dan mereka menyifatan beliau antara pengadil terbaik? Itu satu lawak. SMH (saya menggeleng kepala)."

Pengurus baru Liverpool, Kenny Dalglish, menyifatkan keputusan penalti Webb sebagai satu "lawak" dan mempertikaikan kad merah yang dilayangkan kepada Gerrard.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.