MH370

Terkini

UEFA Champions League 2010/2011 : Round Of 16 Captain

Keputusan Undian Liga Juara-Juara UEFA 2010/2011

Keputusan Undian Liga Juara-Juara UEFA 2010/2011


Keputusan undian bagi Liga Juara-Juara UEFA @Champions League 2010/2011 bagi 16 pasukan yang layak ke pusingan seterusnya sudah diketahui:

Roma akan bermain dengan Shakhtar Donetsk. Kedua-dua pasukan tidak pernah menjejaki perlawanan final Liga Juara-Juara. Pemain harapan Roma adalah Marco Borriello yang menjaringkan 4 gol so far dan Shaktar Donetsk pula mengharapkan Eduardo dan Luiz Adriano yang masing-masing menjaringkan 3 gol

AC Milan akan bertemu dengan Tottenham Hotspur. Sudah pasti ianya satu perlawanan yang sungguh menarik terutamanya bagi Zlatan Ibrahimovic (AC Milan) dan Gareth Bale (Tottenham Hotspur) yang telah menjaringkan masing-masing sebanyak 4 gol di peringkat kumpulan.

Valencia akan bertemu Schalke 04.

Valencia sudah dua kali bermain di final, 1999/2000 dan 2000/2001 tetapi kalah kepada Real Madrid dan Bayern Munich. Manakala Schalke 04 tidak pernah bermain di final. Wira Valencia adalah Roberto Soldado yang telah menjaringkan 5 gol di peringkat kumpulan manakala bagi Schalke 04 pula mengharapkan Klaas-Jan Huntelaar yang menjaringkan 3 gol


Inter Milan, juara bertahan Liga Juara-Juara 2009/2010 akan menentang naib juara, Bayern Munich. Kiranya perlawanan ini adalah ulangan final 2009/2010 di mana Inter Milan telah menang 2-0 ke atas. Dalam perlawanan tersebut, Diego Milito telah menjaringkan kedua-dua gol untuk Inter Milan. Mampukah Bayern Munich menebus kekecewaan pada musim yang lepas. Kita saksikan nanti. By the way, sandaran Inter Milan adalah terhadap wiranya, Samuel Eto’o yang menjadi penjaring gol terbanyak so far dengan 7 gol manakala Mario Gomez (Bayern Munich) pula mengekori rapat dengan 7 gol

Lyon pula akan bertemu Real Madrid.

Mengikut rekod sepanjang sejarah Liga Juara-Juara yang mula diperkenalkan pada tahun 1955, Lyon tidak pernah sekali pun, melangkah ke peringkat final manakala Real Madrid pula menjadi pasukan yang paling banyak menjadi juara iaitu 9 kali. Kedua-dua pemain Real Madrid, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo masing-masing menjaringkan 4 gol setakat ini

Arsenal pula akan bertemu dengan Barcelona.

Mengikut sejarah, Arsenal tidak pernah menjuarai liga ini, manakala Barcelona sudah mengecapinya sebanyak tiga kali. Rekod paling baik Arsenal ialah kalah di perlawanan akhir kepada Barcelona pada musim 2005/2006. I am sure Arsenal tidak akan mensia-siakan peluang untuk membalas dendam. Kali ini, Barcelona terus mengharapkan kelibat Lionel Messi yang so far telah menjaringkan 6 gol di peringkat kumpulan. Arsenal pula mengharapkan semangat berpasukan dan permainan yang kreatif. Fabregas dan Chamakh masing-masing menjaringkan 3 gol setakat ini

Marseille pula akan bertemu Manchester United.

Marseille menjuarai sekali dan Manchester pula sudah 3 kali dinobatkan juara. Penjaring terbanyak Marseille adalah Andre-Pierre Gignac (3 gol) manakala Manchester United pula tiada seorang pun yang menjaringkan lebih daripada 2 gol

Kobenhavn akan bermain dengan Chelsea.

Kobenhavn tidak pernah bermain dalam final manakala Chelsea pula permain sekali pada musim 2007/2008 tapi kalah kepada Manchester United dengan tendangan penalti 5-6 setelah sebelum itu seri 1-1. John Terry dan Nicolas Anelka gagal menyempurnakan penalti buat Chelsea manakala Cristiano Ronaldo juga missed a penalty buat Manchester United. By the way, Kobenhavn akan bergantung kepada Martin Vingaard dan Dame N’Doye yang menjaringkan masing-masing 2 gol manakala Chelsea pula mengharapkan Nicolas Anelka (5 gol)

Saya rasa pasukan-pasukan yang akan meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir (8 pasukan) adalah:

* Go Manchester United :)
* Tottenham
* Valencia
* Inter Milan
* Real Madrid
* Marseille
* Barcelona
* Chelsea

Apa pandangan anda mengenai undian liga juara-juara 2010/2011 dan peluang bagi pasukan yang akan meneruskan perlawanan ke pusingan seterusnya?


15 February 2011
AS Roma VS Shakhtar Donetsk
AC Milan VS Tottenham Hotspur
16 February 2011
Valencia VS Schalke 04
Internazionale VS Bayern München
22 February 2011
Lyon VS Real Madrid
Arsenal VS Barcelona
23 February 2011
Marseille VS Manchester United
København VS Chelsea
08 March 2011
Schalke 04 VS Valencia
Bayern München VS Internazionale
09 March 2011
Shakhtar Donetsk VS AS Roma
Tottenham Hotspur VS AC Milan
15 March 2011
Manchester United VS Marseille
Chelsea VS København
16 March 2011
Real Madrid VS Lyon
Barcelona VS Arsenal
UEFA Champions League 2010/2011 : Round Of 16 Captain Reviewed by admin Ucop on 8:42 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.