Semangat Drogba membara

http://www.mirrorfootball.co.uk/match-centre/article329813.ece/ALTERNATES/gallery-large/Didier+Drogba.jpeg


DROGBA (kanan) akan hadir bersama Chelsea ke gelanggang bekas kelabnya, Marseille awal pagi Khamis ini.



Penyerang Chelsea, Didier Drogba menegaskan, keinginannya untuk memenangi gelaran Liga Juara-Juara masih tinggi apabila kembali ke gelanggang bekas kelabnya, Marseille awal pagi Khamis ini.

Sebelum ini, Drogba pernah beraksi bersama kelab Perancis itu dan kepulangannya ke Stade Velodrome pasti menghadirkan sambutan hangat daripada penyokong tuan rumah.

Penyerang Ivory Coast itu hanya beraksi semusim bersama Marseille pada 2003/04 tetapi mampu meledak 18 gol dalam sai- ngan Liga Perancis dan 11 gol pada saingan Eropah.

Biarpun Chelsea sudah mengesahkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan F, sekali gus layak ke pusingan kalah mati, Drogba tetap mahu membantu barisan bimbingan Carlo Ancelotti itu mengekalkan momentum kemenangan.

"Saya telah beritahu sebelum ini bahawa memenangi Liga Juara-Juara sesuatu yang penting tetapi pada masa sama saya sedar ada beberapa pemain bintang belum pernah merasai nikmat itu termasuk saya.

"Sudah tentu sebagai seorang pemain, saya akan lakukan apa saja untuk memenanginya. Inilah kejohanan sering saya ikuti semasa remaja dan saya rasa gembira apabila melihat pemain seperti Nicolas Anelka pernah menjulang trofinya.

"Agak lucu kerana saya hanya beraksi setahun bersama Marseille tetapi perasaan di antara penyokong, bandar ini dan saya sukar dipercayai. Mereka masih sayangkan saya.

"Jadi saya cukup teruja kerana ternyata mereka tahu betapa sayangnya saya kepada Marseille. Ini kali pertama saya kembali ke sana untuk beraksi. Ia sesuatu yang istimewa," kata Drogba.

Chelsea kini menjadi pasukan tunggal yang meraih 15 mata maksimum selepas lima aksi kumpulan biarpun tanpa bantuan pemain tengah, Frank Lampard yang terpaksa diketepikan tiga bulan akibat kecederaan hernia.

Lampard semakin hampir untuk kembali beraksi dan Drogba menyatakan bahawa ketiadaannya begitu dirasai bahagian tengah Chelsea terutama pada awal saingan musim ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.