MH370

Terkini

Peluang tetap ada: Safiq



‘Kami perlu tingkat prestasi jumpa China’


WALAUPUN tunduk 2-0 kepada Jepun dalam saingan bola sepak Kumpulan A, semalam, kapten skuad negara, Safiq Rahim menegaskan peluang pasukan belum tertutup untuk melangkah ke pusingan kedua.

Pemain tengah yang mengambil lilitan kapten dari pertahanan pengalaman, Norhafiz Zamani Misbah yang tidak dapat beraksi kerana cedera lutut percaya pasukannya mampu berdepan dan menyaingi tuan rumah, China dalam perlawanan terakhir kumpulan, Sabtu ini.

"Kami masih mempunyai harapan lagi," katanya sejurus perlawanan di Stadium Huadu. "Apa yang penting, kami perlu meningkatkan prestasi menjelang pertembungan itu kerana tiada yang mustahil dalam bola sepak," katanya.

Skuad bimbingan K Rajagobal itu mengumpul tiga mata hasil satu kemenangan menewaskan Kyrgyzstan 2-1 dalam perlawanan pertama, tetapi gagal melakukan kejutan ke atas negara matahari terbit itu apabila tunduk 2-0.

Begitupun, peluang skuad negara yang beraksi tanpa sebahagian besar tonggak gara-gara kecederaan mara ke pusingan kedua masih terbuka andai mampu menewaskan China yang tewas 0-3 kepada Jepun dalam perlawanan pertama, Isnin lalu.

Juara dan naib juara dari enam kumpulan akan mara secara automatik ke pusingan kedua, manakala empat pasukan terbaik yang menduduki tempat ketiga dalam kumpulan akan turut beraksi dalam pusingan kalah mati itu.

"Kami perlu mengelak daripada melakukan kesilapan seperti menentang Jepun.
Jika kami fokus sepanjang permainan dan menyudahkan peluang yang terhidang, saya yakin China mampu ditundukkan di depan penyokong sendiri," katanya.

Peluang tetap ada: Safiq Reviewed by admin Ucop on 8:13 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.