Jaringan Messi julang Argentina

http://www.fifa.com/mm/photo/tournament/competition/85/65/30/856530_full-lnd.jpg

Lionel Messi menjaringkan gol pada babak akhir perlawanan bagi memastikan kemenangan 1-0 Argentina ke atas Brazil pada pertemuan persahabatan, kelmarin.

Perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri tanpa gol, sehinggalah Messi melakukan gerakan hebat dua minit sebelum perlawanan berakhir, apabila Pemain Terbaik Dunia 2009 itu melepasi asakan dua pertahanan Brazil, sebelum melepaskan rembatan leret yang gagal diselamatkan Victor.

Kali terakhir Brazil menumpaskan Argentina ialah 3-1 pada kelayakan Piala Dunia 2009. Sebelum itu, Brazil tidak pernah kalah kepada musuh ketatnya itu sejak lima tahun lalu.

Cuma Argentina mengatasi Brazil ketika memenangi emas pada Olimpik Beijing 2008.

"Messi amat bermakna kepada kami. Sejak minit pertama, dia mempamerkan aksi sebagai pemain terbaik dunia," jelas jurulatih Argentina, Sergio Batista, yang mengambilalih tugas Maradona, yang meletak jawatan seminggu selepas Argentina tumpas 0-4 kepada Jerman di suku akhir Piala Dunia.

Gol Messi itu merupakan kemuncak perlawanan yang agak perlahan, dengan kedua-dua pasukan saling memberi tekanan namun gagal untuk mencari penyudah. Messi memberi ancaman awal apabila penyerang Barcelona itu melakukan kombinasi hantaran cemerlang dan gerakan solo.

Peluang gol terbaik Brazil hadir pada minit ke-16, apabila tendangan Daniel Alves dalam kotak penalti terkena palang.

Ronaldinho pula beraksi buat pertama kali bersama Brazil selepas hampir 18 bulan dan mencipta beberapa peluang gol.

Tendangan percuma pemain itu ditumbuk keluar oleh Sergio Romero, malah dia hampir menjaringkan gol menerusi kuisan kebelakang.

Jurulatih Brazil, Mano Menezes yang menyaksikan skuadnya kalah pertama kali sejak dia mengambil alih setelah pasukan itu kecewa pada Piala Dunia berkata, pasukannya berhak untuk mencatat keputusan seri, walaupun kurang 'penyudah berkualiti'

"Ia teruk, tetapi kita tetap mempunyai peluang gol di sepanjang perlawanan.

"Sepatutnya ia akan berakhir dengan adil, namun malangnya mereka menjaringkan gol pada akhir perlawanan. Ia teruk, namun pengajarannya amat berguna," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.