MH370

Terkini

Inter banyak masalah


Jurulatih Inter Milan, Rafael Benitez berkata beliau tidak menjangka terpaksa menangani terlalu banyak masalah pada beberapa minggu pertama selepas menggantikan Jose Mourinho - jurulatih yang melakar tiga kejayaan musim lalu.

Menjelang perlawanan menentang Lecce, bekas pengurus Liverpool itu berkata: “Saya tidak menyangka pasukan ini berdepan banyak masalah kerana mereka baru saja memenangi banyak trofi.

“Pemain bermain dengan baik, tapi masih ada kesukaran yang perlu diatasi.” Pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara, Inter dimalukan dengan kekalahan di tangan Tottenham disusuli keputusan seri dengan Brescia di liga tempatan.

Kedua-dua keputusan itu berlaku ketika pasukan kehilangan ramai pemain akibat kecederaan seperti penjaga gol serta pertahanan Brazil, Julio Cesar dan Maicon serta Walter Samuel (pertahanan Argentina) yang terpaksa direhatkan selama enam bulan. Beberapa pemain utama seperti Thiago Motta, Esteban Cambiasso dan Wesley Sneijder turut disisih akibat kecederaan.

Inter kini tiga mata di belakang pendahulu Serie A, Lazio dan satu mata di belakang musuh setempat, AC Milan dalam usaha mereka mempertahankan mahkota kejuaraan tempatan.

“Kami mesti bekerja keras untuk berada di kedudukan terbaik dalam masa terdekat ini selain melihat kemungkinan mencari pemain baru pada musim perpindahan Januari depan,” kata Benitez yang tidak begitu rapat dengan Mourinho ketika jurulatih dari Portugal itu melatih Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris.

“Kami akan lakukan sesuatu selepas Walter mengalami kecederaan, dia pemain yang amat penting.” Benitez enggan mengulas lanjut mengenai perlawanan setempat Ahad ini menentang Milan.

“Paling penting, kami perlu memikirkan perlawanan terdekat. Kami mesti tewaskan Lecce terlebih dulu kemudian baru fikir mengenai perlawanan lain.”
Inter banyak masalah Reviewed by admin Ucop on 9:01 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.