China hidupkan peluang mara

http://cache.daylife.com/imageserve/00Cv65u1dH3NF/439x.jpg

CHINA memerlukan gol kemenangan dalam minit keempat masa kecederaan untuk mengekalkan peluang mereka dalam saingan bola sepak Piala Asia selepas bangkit melakarkan kejayaan 2-1 ke atas Kyrgyzstan, semalam.

Wu Xi menjaringkan gol kemenangan yang memastikan tiga mata penuh dan mengatur pertemuan penentuan dengan Malaysia, Sabtu ini bagi kelayakan ke pusingan kedua dari Kumpulan A bersama Jepun.

Jepun memastikan tempatnya dalam pusingan selanjutnya dengan kemenangan 2-0 ke atas Malaysia dalam perlawanan awal.

Korea Utara turut mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 3-0 ke atas Palestin, kejayaan yang mengekalkan rekod 100 peratusnya dalam Kumpulan C.

China sebelum ini kalah 3-0 kepada Jepun dalam perlawanan pembukaannya dan tekanan ke atas tuan rumah begitu dirasai dengan keputusan jurulatih, Sun Wei menggugurkan penjaga gol utama, Wang Dalei.

Namun, tugasan pertama penggantinya, Zhang Shichang ialah memungut bola keluar daripada jaring hanya selepas lima minit perlawanan apabila Pavel Sidorenko menjaringkan gol.

Dalam Kumpulan C, Korea Selatan menebus kekalahan mengejut mereka kepada jiran tetangga Korea Utara dengan membelasah Jordan 4-0.

Dalam Kumpulan B, juara 2002 Iran mengatasi Bahrain 1-0 hasil jaringan lewat babak pertama Karim Ansari sementara Turkmenistan melakarkan kemenangan besar 6-2 ke atas Vietnam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.