MH370

Terkini

Benzema akan menyerlah: Mourinho


Jose Mourinho mempertahankan Karim Benzema sambil menggesa pemain itu untuk lebih menyerlah di Real Madrid dan tidak menolak kemungkinan penyerang Perancis itu mungkin disenaraikan di dalam kesebelasan utama pada masa depan. 

“Dia bermain cemerlang pada ketika ini,” kata Mourinho menjelang perlawanan timbal balik Piala Sepanyol menentang Real Murcia - skuad yang berjaya mengekang barisan bintangnya untuk memperoleh keputusan seri tanpa jaringan pada pusingan pertama.

“Dia mempunyai tahap dan apa yang kami mahukan daripada seseorang pemain, dia akan diturunkan dan kami memerlukan dia untuk menjaringkan gol. Ia adalah perlawanan yang penting dan saya menanti reaksi yang positif daripadanya di dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Jika prestasinya menjadi, dia akan berada di dalam kesebelasan utama”.

Benzema banyak menghabiskan masa di bangku simpanan musim ini dan Mourinho berkata dia perlu merangsang permainannya. Namun pada kemenangan terbaru di Alicante dan kemudian seri di gelanggang lawan dengan AC Milan di dalam saingan Liga Juara-Juara, Benzema mula mempamer aksi mengagumkan apabila menjaringkan satu gol pada kedua-dua perlawanan itu.

Benzema akan menyerlah: Mourinho Reviewed by admin Ucop on 9:07 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.